Saturday, 9 May 2015

ROSSHIDA MATI DICEKIK DI TERENGGANU, MAYAT DIBUANG DI CYBERJAYA







Cemburu punya pasal. betullah kata orang cemburu boleh buat orang jadi gila...hilang akal.





Dicekik hingga mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya dibawa sejauh 450 kilometer hingga ke Cyberjaya, Selangor.





Mayat itu kemudian dicampak ke dalam kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.





Itu sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu.





Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.





Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama suspek ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan dari ibu negara.





Namun, dalam perjalanan kedua-dua mereka dipercayai bertengkar mengenai orang ketiga dan menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain sehingga suspek mencekik mangsa sehingga mati di satu kawasan dekat Penarik, Terengganu.





Disebabkan mangsa telah meninggal dunia, suspek mengambil keputusan berpatah balik dari Penarik ke ibu negara, namun setibanya di Cyberjaya, suspek mencampakkan mayat mangsa dari jambatan tersebut.





Rabu lalu, mayat Rosshida ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang.





Turut ditemui bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000.





Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai tunang Rosshida di Cyberjaya semalam bagi membantu siasatan dan suspek yang berasal dari Kota Bharu mengaku mencampakkan mangsa di tempat kejadian.

Friday, 8 May 2015

PENOREH GETAH BAKAL DAPAT 'DURIAN RUNTUH' ...POK CIK KAYO!!!







Nampaknya, kayalah penoreh getah di negara ini.





Ini kerana kerajaan Malaysia mengumumkan sedang berbincang untuk membina jalan raya getah.





Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas berkata tindakan itu diambil untuk merangsang harga bahan komoditi itu supaya terus naik di pasaran.





"Kita perlu meningkatkan penggunaan getah dan kerajaan menyasar menggunakan 10 peratus daripada jumlah pengeluaran getah tahun ini," katanya sambil menambah Indonesia dan Thailand juga bersetuju melakukan perkara yang sama.





Uggah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Sesi Khas peringkat menteri Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) di sini, Jumaat.





Negara pengeluar utama Thailand, yang mengumumkan rancangan yang sama untuk menggunakan getah bagi jalan raya, laluan pejalan kaki dan takungan air, menggunakan 3.5 tan metrik getah asli bagi setiap 1 kilometer jalan raya.





Uggah juga berkata harga getah Malaysia dijangka pulih semula tahun ini mendapat rangsangan daripada permintaan yang kembali semula dari China.





Makanya, sesiapa ada tanah terbiar tu..cepat-cepatlah tanam getah dari sekarang.