Tuesday, 28 April 2015

KESIAN KAKWAN KENA SEPAK BOLA DI USIA SEBEGINI







Azizah ketika kempem PRK Kajang







Tak faham.





Kenapa setiap kali Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pilihan raya...beliau kena sepak bola!





Kesian Azizah...nenek-nenek kita baya-baya dia duduk rumah dan berulang alik ke masjid dah...tambah amal ibadat.





Apa nak buat, kuasa politik punya pasal.







Azizah ketika kempem PRK Permatang Pauh























Azizah adalah calon PKR mewakili Pakatan Rakyat menentang Setiausaha Umno Permatang Pauh, Shuhaimi Sabudin (seorang juru ukur).





Selain Shuhaimi, Azizah dicabar dua calon bebas, 7 Mei depan.



Friday, 24 April 2015

MAT SABU 'HILANG' SELEPAS RANCANG GERAKAN JATUHKAN HADI?








Sementelah tersebarnya rakaman audio konspirasi menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sehingga kini gagal menafikan penglibatannya.





Rakaman audio berdurasi 2 minit 9 saat itu mendedahkan usaha terperinci yang didalangi Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk menimbulkan persepsi negatif di kalangan ahli-ahli parti terhadap Presidennya.





Ia mula disebarkan semalam oleh satu laman Facebook yang dikenali sebagai Tuc Tok Usin Ceroi, yang dikatakan penyokong golongan ulama dalam PAS.





Hari ini, melalui posting terbarunya, Tuc Tac Usin Ceroi mendesak Mat Sabu segera menafikan penglibatannya, malah bersedia dikenakan tindakan undang-undang sekiranya pendedahannya itu dikatakan sebagai fitnah.





"Mat Sabu sangat terkenal dengan sikap kelantangan dan beliau antara pemimpin PAS yang paling cepat memberi respon terhadap sesuatu isu sama ada isu negara mahupun isu dalaman parti seperti mana pantasnya Mat Sabu 'memperibadikan' tu berlaku segala keputusan yang dibuat oleh Hadi.





"Jika perkara itu berlaku, mungkin salah seorang saksi yang Tok boleh panggil adalah Salahudin Ayub, iaitu Naib Presiden PAS. Cuba hampa (anda) tanya Salahudin, dia nak tak jadi saksi jika Mat Sabu saman Tok?





"Apa pun jebon memang sering mengkhianati sesama depa (mereka) sebab bagi depa jawatan itu dah seperti Ghanimah, bukannya amanah yang perli dipikul. Kalau tak percaya hampa boleh tanya Datuk Husam Musa atau Dr Rosli Harakah," demikian memetik kenyataan di Facebook Tuc Tok Usin Ceroi itu.





Bukan itu sahaja, dikatakan selepas ini akan ada banyak lagi perkara mengejut yang bakal didedahkan kepada umum, khususnya usaha dari sebahagian pimpinan PAS yang tidak sebulu dengan pendirian Hadi.





PasMa misalnya menjadi satu entiti yang semakin lantang menyerang dan menidakkan segala dasar PAS, apatah lagi menentang Hadi yang dikatakan tidak lagi sesuai memimpin parti itu.

KELUARGA ANWAR DAPATKAN PENGAMPUNAN AGONG PADA SAAT AKHIR













Walaupun pada mulanya dikhabarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon pengampunan daripada Agong, namun pada saat-saat, keluarga kepada Ketua Pembangkang itu berbuat demikian.





Memetik laporan portal berita, difahamkan isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuan keduanya, Nurul Nuha Anwar pergi ke Istana Negara semalam untuk menyampaikan permohohan pengampunan kepada Agong.





Semalam adalah tarikh terakhir Anwar untuk berbuat demikian bagi membolehkannya dibebaskan dan mengekalkan kerusi parlimen Permatang Pauh.





"Kami mahu mendapatkan pengampunan Agong bagi pihak bapa kami.





"Ia pernah dilakukan sebelum ini," petik kata Nurul Izzah, anak perempuan sulung Anwar.





Katanya, sebelum ini Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng juga pernah memohon pengampunan Agong ketika mereka dipenjara.





Nurul Izzah berkata, beliau telah ke Parlimen untuk menyerahkan surat rasmi mengenai pengampunan diraja itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.





Sementara itu Nurul Nuha mengesahkan kepada Malay Mail Online, permohonan itu telah dibuat.





"Satu rayuan bagi pengampunan Agong sudah dibuat. Mahkamah mungkin mengeluarkan keputusan bersalah tetapi bapa kami, dan kami sekeluarga terus menyatakan beliau tidak bersalah," ujarnya.





Speaker parlimen sebelum berkata, Anwar akan hanya dilucut taraf wakil rakyat 14 hari selepas 10 Februari, berdasarkan Perkara 48 Klausa 4 (a) Perlembagaan Persekutuan.





Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan 2014 yang mengenepikan keputusan membebaskan Anwar daripada hukuman meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menghukum Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hukuman penjara lima tahun.

GOOGLE KINI TAPIS BLOG LUCAH










Hati-hati kepada pemilik blog di Blogger, milik syarikat gergasi Google, yang mengandungi imej atau video berunsur lucah.





Dalam tempoh sebulan, sehingga 23 Mac, blog lucah tidak boleh diakses oleh orang lain jika pengendali gagal mematuhi peraturan baru ini.





Google tidak akan membuang kandungan tersebut tetapi ia hanya boleh dicapai oleh pengendali blog di Blogger, lapor portal The Independent.





Sebelum ini, syarikat itu membenarkan kandungan lucah di Blogger dengan memberi satu halaman amaran sebelum diakses pelayar Internet.





Google hanya melarang kandungan lucah yang sumbernya tidak sah atau dikongsikan tanpa kebenaran mereka yang dipaparkan.





Bagaimanapun pengguna mempertikaikan keputusan mendadak itu dengan mendakwa Google tidak berlaku adil, lapor portal itu lagi.

ANWAR LAYAK HADIR KE SIDANG PARLIMEN MAC INI - PKR







PKR mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh hadir pada sidang Dewan Rakyat, Mac ini.





Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR melalu sekretariatnya akan mendapatkan kebenaran Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memastikan Anwar melaksanakan tugasnya, hadir ke Parlimen seperti biasa.





Anwar kini dipenjarakan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.





Beliau bagaimanapun masih memegang jawatan ahli Parlimen sehingga permohonan pengampunan daripada Yang Dii-Pertuan Agong (YDPA) diketahui.





"Sekretariat Parlimen PKR yang diketuai Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani) akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan beliau hadir pada sesi persidangan akan datang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.





Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 9 Mac ini.





"Susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, persoalan ketua pembangkang dan pilihan raya kecil (PRK) juga tidak timbul," katanya.





Pandikar Amin pada Selasa mengesahkan status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan hanya ditentukan selepas petisyen pengampunan diputuskan oleh YDPA.





Ahli keluarga Anwar lewat petang semalam dilaporkan menghantar permohonan itu pasa saat-saat akhir.





Anwar sebelum itu yakin beliau tidak akan membuat sebarang permohonan ampun daripada YDPA.





Tindakan ahli keluarganya cuba digambarkan sebagai 'kejutan' sementelah permohonan pengampunan itu hanya akan dibuat jika Anwar mengakui kesilapan yang dibuatnya.





Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Anwar, 67, setelah menolak rayuan akhirnya terhadap hukuman yang dijatuhi Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.





Anwar yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

GULING PRESIDEN: MAT SABU AKAN BERI KENYATAAN KEPADA HADI










Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan yang mengaitkannya dalam komplot menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.





Mohamad atau Mat Sabu bagaimanapun berkata, beliau hanya akan memberi kenyataan kepada Jawatankuasa Khas (Siasatan) parti yang dipengerusikan oleh Hadi sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian.





"Saya hanya akan berikan kenyataan kepada Jawantakuasa Khas (Siasatan) yang dipengerusikan oleh presiden berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ia merupakan masalah dalaman parti, sekiranya diminta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.





Beberapa hari lalu, kumpulan pro-ulama dan penyokong Hadi mendedahkan satu rakaman audio mirip suara Mat Sabu yang didakwa sebagai taklimat pemimpin itu yang dipercayai untuk menggulingkan Hadi.





Audio tersebut didedahkan oleh satu akaun Facebook yang menggunakan nama Tuc Tok Usin Ceroi (Pemburu Jebon), sekaligus mengaitkannya sebagai sebagai serangan pihak profesional terhadap golongan ulama menjelang pemilihan parti pada Jun ini.





Dalam kenyataannya hari ini juga, Mat sabu berkata beliau menyerahkan kepada Muktamar dan kebijaksanaan perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam parti.





"Berkenaan tindakan saya keatas TV3, Utusan Malaysia serta lain-lain media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin," katanya.





Seorang lagi pemimpin kanan yang turut dikaitkan dalam komplot tersebut iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, masih lagi enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara itu.





Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam pada itu memberi jaminan bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.





Semalam, Mustafa juga berkata, selain Dr Hatta dan Mat Sabu, keterangan juga akan diambil daripada individu-individu yang membuat tuduhan terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan.





Ujar Mustafa juga, siasatan akan mengambilkira semua sudut dan dijangka akan selesai sebelum Muktamar Tahunan PAS kali ke-61, Jun ini.



MEDIA 'KENA KENCING' KONONNYA MAHFUZ OMAR ADAKAN SIDANG MEDIA







Rata-rata petugas media hari ini berang apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar gagal mengadakan sidang media bersama ibu kepada Sirul Azhar Umar, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.





Beliau sepatutnya membawa Piah Ahmad, 74, pada jam 11.30 pagi tadi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebagai cubaan seterusnya untuk mendedahkan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.





Perkara ini disebarkan di kalangan petugas media sejak petang semalam melalui aplikasi WhatsApp.





"Ketua Penerangan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama dengan ibu Sirul berkenaan perancangan untuk ke Australia dan perkembangan Sirul pada jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.





"Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan khususnya pihak wartawan untuk membuat liputan sidang media ini," demikian memetik maklumat sidang media itu.





Bagaimanapun selepas 40 minit menunggu kelibat Mahfuz, seorang kakitangan pejabat parti itu memaklumkan kepada kesemua petugas yang menunggu bahawa tidak ada sebarang sidang media akan diadakan pagi ini.





"Siapa yang beritahu ada sidang media pagi ini? Mahfuz ada di Alor Setar. Setahu saya itu mesej palsu," katanya merujuk kepada kandungan sebaran mesej itu apabila ditanya oleh petugas media.





Namun, apa yang menghairankan adalah sebelum pengumuman itu dilakukan, kakitangan di pejabat berkenaan terlebih dahulu menguji 'PA system' dengan beberapa kali mencuba suara mikrofon untuk digunakan semasa sidang media dijalankan.





Tindakan itu seolah-olah mereka sudah bersedia untuk mengadakan sidang media...namun sebaliknya berlaku.





Tidak lama selepas itu, Mahfuz mengeluarkan satu kenyataan media ringkas yang memaklumkan beliau akan menyertai misi khas ke Australia pada Ahad ini pada jam 11 pagi.





Isnin lalu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengadakan tele-conferencing bersama Sirul yang kini berada di Australia dengan perlindungan ekstradisi selepas dijatuhi hukuman mati sebaik sahaja didapati bersalah membunuh Altantuya.





Bagaimanapun, Mahfuz terpaksa menerima hakikat bahawa Sirul enggan membuat apa-apa pendedah, meskipun beliau beberapa kali meminta bekas ahli Unit Tindakan Khas (UTK) itu berbuat demikian semasa proses komunikasi itu berlangsung.

SELANGOR TIDAK AKAN TERUSKAN KIDEX







Kerajaan Selangor tetap tidak akan meneruskan pembangunan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) hasil pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 17 Feb lepas.





Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata ketetapan untuk membatalkan projek tersebut telah disahkan dan ia adalah selaras dengan kuasa kerajaan negeri berhubung pembangunan tanah serta kelulusan perancangan sebarang projek.





Menurutnya, keputusan itu juga bertepatan dengan pendirian kerajaan negeri yang tegas untuk mengambil tindakan terhadap pemaju projek itu yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum ini demi kesejahteraan rakyat Selangor.





Sehubungan itu, katanya dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor telah diarah untuk tidak mengambil kira semua perkara berkaitan cadangan pembangunan lebuh raya itu semasa penyediaan draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.





Pada 16 Feb lepas, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek Kidex dan menjelaskan tindakan itu dibuat kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat pada 14 Feb.





Antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.



HADI TERUS MENGELAK DARI MEDIA







Semalam media diberitahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri sambutan ulang tahun ke 25 Tahun Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) di Universiti Selangor (Unisel).





Maka berduyunlah media ke Unisel dengan harapan untuk mengajukan soalan-soalan berkisar perbalahan golongan ulama dan golongan profesional dalam PAS.





Ternyata, media kecewa lagi apabila Hadi mengelak daripada berjumpa pemberita dan bergegas pulang sebaik sahaja menyampaikan ucaptama pada program itu.





Terdahulu, pada sebelah pagi di Marang, Hadi memberitahu media beliau tidak begitu sihat untuk menjawab soalan media selepas menghadiri sebuah majlis anjuran PAS.




Dalam ucapannya, Hadi menekankan sifat-sifat yang perlu di miliki oleh umat Islam dalam berdepan dengan musuh mereka.





"Tak boleh menyerang musuh yang mahu berdamai. Pendamaian perlu diutamakan," kata beliau.





"Sekiranya musuh yang berperang itu mahu berdamai terima pendamaian itu dan bertawakal kepada Allah. Islam mendahulukan pendamaian, berakhir dengan Allah menyempurnakan Islam itu," tambah Hadi.





Hadi berkata Islam turut melarang umatnya untuk bertindak zalim terhadap penganut agam lain.





PAS kini berbalah sesama mereka tanpa sembunyti-sembunyi lagi. Jika dahulu ada sahaja pihak yang menafikan itu dan ini.





Namun..kini tidak lagi. Mungkin masing-masing sudat penat untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku walhal mereka bimbang, golongan ulama dan Hadi sendiri kini diancam golongan profesional.





Sudah berkali-kali pendedahan membabitkan pemimpin kanan dalam PAS dibuat. Dan sehingga kini nama nama pemimpin yang terlibat masih belum disiasat.





Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan bahawa nama-nama yang disebut-sebut terlibat dalam gerakan menjatuhkan Hadi dan ulama akan dipanggil.





Sama-sama kita nantikan.



APA PELAN B SELANGOR BATAL KIDEX? - MENTERI







Sebelum ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan pembatalan projek Lebuh Raya Kinrara Damansara (Kidex).





Pembatalan itu dibuat kononnya pihak pemaju gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.





Antara syarat yang gagal dipatuhi Kidex ialah menyediakan penilaian impak lalu lintas yang bebas, penilaian impak sosial dan penilaian impak alam sekitar.





Alasan itu membawa kepada penegasan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusuf bahawa, Selangor perlu menyatakan apakah pelan alternatif bagi menggantikan projek Kidex sekaligus menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang negeri itu.





Justeru beliau akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk meminta penjelasan lanjut.





"Kita akan berbincang mengenai projek berkaitan lebuh raya, selain projek pembangunan lain yang dirancangkan Kerajaan Persekutuan untuk Selangor dan rakyatnya.





"Bagi Kerajaan Persekutuan, kita sentiasa berusaha memberikan apa yang baik untuk rakyat. Jika rakyat merasakan Kidex tidak sesuai, kita mahu tahu apa alternatifnya," katanya.





Tambah Fadillah, antara perkara yang akan menjadi tumpuan adalah usaha menangani kesesakan jalan raya di negeri itu, selain pelbagai projek yang memberi manfaat kepada rakyat.





Sejak projek kontroversi bernilai RM2.42 bilion diluluskan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ia mendapat bantahan penduduk Petaling Jaya dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain turut ditentang beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat.





Lebuh raya sepanjang 26.1 kilometer itu dirancang bermula dari tol Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di atas lebuh raya Sprint di persimpangan Damansara, dan berakhir di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di Seksyen 2, Bandar Kinrara.





Antara kawasan dijangka terjejas akibat projek itu ialah Tropicana Mall, SS2 Mall, lampu isyarat Rothman’s, Seksyen 14, Petaling Jaya, Amcorp Mall, Hilton Petaling Jaya, Hospital Mata Tun Hussein Onn, bulatan Jalan Templer, Taman Datuk Harun, Taman Medan Baru dan Bandar Kinrara.





Penyokong projek itu berkata, Kidex akan mengurangkan masa perjalanan di antara kawasan tersebut sebanyak 25%.



PAS BAWA IBU SIRUL KE AUSTRALIA MALAM INI







Piah Samad, ibu kepada Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, dijadual berlepas ke Australia untuk menemui anaknya malam ini.





Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang menguruskan penerbangan itu, mereka akan bertolak pada jam 11 malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang.





Sidang media dijadual diadakan dua jam sebelum itu di balai berlepas.





Mahfuz sebelum ini berkata beliau, peguam dan seorang adik Sirul akan menemani Piah, 74, ke Sydney, antaranya untuk melepaskan rindu ibu-anak.





Kali terakhir Piah bertemu Sirul dikatakan ketika Mahkamah Rayuan membebaskan anak keempatnya itu daripada tuduhan.





Sirul, bekas anggota polis elit itu, kini ditahan oleh pihak imigresen negara itu di Sydney.





Beliau pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.





Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.





Beliau kini menjadi perhatian dunia selepas mengugut untuk membongkar “segala-galanya” berhubung kematian warganegara Mongolia itu.





Ini kerana, walaupun hukuman dijatuhkan, motif pembunuhan itu sehingga ini masih tidak terungkai.

Wednesday, 22 April 2015

DAP TIDAK AKAN CABAR PAS PADA PRK CHEMPAKA WALAU TERUS BANTAH HUDUD







Walaupun seringkali menghentam PAS dalam isu hudud, DAP tidak sesekali akan menghantar calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dun Chempaka, Kelantan pada 22 Mac ini.





Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu tidak perlu bertanding untuk menunjukkan protes kepada PAS.





“Bagi kita ia satu provokasi, pendirian kami memang tidak bersetuju dengan hudud, tetapi tidak bermaksud kita perlu pergi bertanding di Dun Chempaka.





“Itu adalah kerusi Pas dan lebih-lebih lagi penyandangnya itu ialah Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat), mana-mana parti PR yang menyandang kerusi itu, kita memang menghormati keputusan parti telah yang memenangi kerusi tersebut sebelum ini,” katanya, hari ini.





Beliau juga mengingatkan mana-mana pihak khususnya calon Bebas tidak membuang masa untuk meletakkan calon di kerusi tersebut sambil menegaskan mereka perlu mengikut contoh dan pendirian Umno-BN yang menarik diri pada PRK kali ini.





“Kita yakin tidak ada pertanding, kita harap tidak ada mana-mana calon bebas yang membuang masa di sana, saya rasa bila Umno menarik diri, pihak lain termasuk calon Bebas tak payah buang masa untuk bertanding di Dun Chempaka.





“Lebih baik kita jimatkan kos pilihan raya itu dan fokus untuk pemulihan banjir di Kelantan,” ujarnya.





Terdahulu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao hari ini mencabar DAP supaya mengambil peluang pada PRK Dun Chempaka kali ini untuk menjelaskan keburukan hukum hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan.





“DAP kena ambil peluang bertanding di Dun Chempaka untuk menjelaskan keburukan hudud kepada rakyat.





“Dun Chempaka wajar dijadikan sebagai medan penjelasan pelaksanaan hudud! Kalau pangkah Pas, sokong hudud, kalau pangkah DAP, tolak hudud,” tulisnya dalam akaun Twitternya, hari ini.

JADIKAN ROSMAH BABI...11 NGO LAPOR POLIS





Tindakan biadap seorang pemilik akaun Facebook, Peter Lee, yang menyunting gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sehingga menyerupai haiwan babi mendapat perhatian Wanita UMNO Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang.



Ketua Wanita UMNO Bahagian Bayan Baru, Datin Ros Suryati Alang bersama 11 lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru.



Antara NGO yang turut membuat laporan polis ialah Persatuan Mutiara Kasih, Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang dan Persatuan Jiran Wanita Bayan Baru.



Ketua Wanita UMNO Bahagian Bayan Baru, Datin Ros Suryati Alang, berkata perbuatan biadap golongan ekstrimis ini perlu dibendung dengan tindakan tegas pihak berkuasa.



"Semakin hari, semakin ramai orang yang tidak menghormati pemimpin, agama Islam, dan negara kita sendiri. Mereka ini terlalu diberi muka sehingga melampaui batas.



"Kami mendesak pihak berkuasa, termasuklah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini sehingga ke lubang cacing.



"Tindakan Peter ini adalah amat biadap sekali dan menghina umat Islam secara amnya. Laporan polis ini dibuat untuk memberi pengajaran kepada mereka," katanya ketika ditemui di Balai Polis Bayan Baru, semalam.



Peter didakwa memuat naik gambar Rosmah yang disunting hingga menyerupai babi bersama kapsyen yang ditulis dalam bahasa Mandarin di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.


PEMILIHAN PAS: HADI DIJANGKA DICABAR







Sejak hampir 13 tahun memegang jawatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah dicabar pemimpin lain ketika pemilihan.



Bagaimanapun, pada ketika ini di kala parti itu teruk dilanda badai akibat pergolakan golongan ulama dan profesional, Hadi dijangka berdepan dengan tentangan hebat dalam mempertahankan jawatan presiden.



Terbaharu, seorang pemimpin kanan PAS yang enggan dinamakan berkata, Hadi berkemungkinan berdepan dengan saingan lebih daripada seorang calon.



Kenyataan tersebut sekaligus menyangkal kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali beberapa hari lalu yang mengatakan jawatan presiden tidak akan dipertandingkan kerana tidak ada pemimpin berkebolehan untuk mencabar Hadi yang mendapat sokongan kumpulan pro-ulama.



"Biarkan jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua jawatan eksekutif adalah terbuka kepada pencalonan dan pertandingan. Ini makna demokrasi," ujarnya.



Beliau juga bersetuju dengan cadangan oleh beberapa pemimpin sederhana supaya Hadi dinaikkan taraf kepada mursyidul am parti menggantikan tugas pernah digalas oleh Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.



"Bagilah beliau (Hadi) kehormatan. Naikkan tarafnya daripada menjatuhkannya," tambahnya.



Kata pemimpin itu lagi, PAS tidak ketandusan pemimpin dan memberi contoh seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahmad Awang, Datuk Husam Musa, Mujahid Yusof Rawa dan Salahuddin Ayub.



"Dengan membenarkan pertandingan, perwakilan akan berpeluang untuk mendengar idea baru dan cara lain bagi menyelesaikan masalah," katanya.



Seorang calon perlukan dua pencalonan daripada bahagian untuk layak bertanding.



MEMANG WUJUD 'BARUA' DALAM PAS - NIK ABDUH










Bukan lagi rahsia PAS apabila umum kini mengetahui kewujudan 'barua' di dalam parti Islam itu yang mahu memisahkan kepimpinan golongan ulama dan profesional.





Ia kembali hangat diperkatakan akhir-akhir ini apabila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz menyelar golongan berkenaan yang semakin galak menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.





Beliau tegas mendakwa usaha itu wujud sekian lama.





Bukan itu sahaja, Nik Abdul turut menempelak beberapa pimpinan PAS yang lain yang cuba menyembunyikan hakikat kewujudan 'barua' sebagaimana yang pernah disebut Hadi pada Muktamar PAS, pada September tahun lalu.





“Bukankah ‘barua’ itu daripada kalam Presiden? Bukan­kah sebahagian kita telah berkalam biadab di depan Presiden?





“Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita sendiri.





"Kita yang di ataslah yang me­mulakan fitnah dan kemelut yang bermula daripada ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’ yang berusaha memisahkan Almarhum ayahanda Nik Abdul Aziz daripada Presiden PAS sejak bertahun dulu,” katanya melalui kenyataan di laman Facebooknya baru-baru ini.





Pemilihan PAS yang akan berlangsung Jun depan menyaksikan Hadi diserang bukan sahaja daripada golongan profesional di dalam parti, malah menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyusun langkah menggulingkan pemimpin tersebut sejak 1998.


“Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.





“Petunjuk Allah adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin anda dilitupi debu dan asap. Justeru ‘Takutilah fitnah..’ dengan kembali mentaati Allah, al Rasul dan ‘ulil amri minkum’. Sunnah al khulafa’ al Rasyidin adalah petunjuk sepanjang zaman,” katanya.






HILANG HORMAT DENGAN GOLONGAN ULAMA, DR DZULKEFLY DISERANG DAN DITUMBUK!










Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menjadi sasaran terbaharu 'kebencian' terhadap PAS ekoran kemelut dalaman yang membabitkan golongan profesional dan ulama.





Sebelum ini pemimpin parti yang 'diserang' adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Raml.





Insiden terbaharu yang membabitkan Dzulkefly membuktikan pergolakan dalaman parti itu semakin memburuk menjelang pemilihan parti Jun ini.





Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu ditumbuk oleh seorang individu yang tidak dikenali di bahagian muka ketika pulang daripada menunaikan solat Subuh pagi tadi.





Beliau turut dituduh sebagai 'kurang ajar' ketika dibelasah lelaki terbabit.





Insiden itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat melalui kenyataan beliau di Facebooknya.





"Dr Dzulkifly Ahmad AJK PAS Pusat ditumbuk dan dipukul muka dan dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau balik daripada solat subuh pagi ini. Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata 'kenapa kurang ajar sangat?





"Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," katanya lagi sambil melahirkan rasa dukacita atas insiden tersebut.





Dzulkefly dilaporkan cedera di dahi dan pecah bibir.





Satu laporan polis telah dibuat dan pihak polis telahpun pergi ke rumah beliau untuk mengambil keterangan dan melakukan siasatan.





Insiden berkenaan dikatakan ada kaitan dengan kenyataan terbaharu pemimpin itu yang mengatakan sudah hilang hormat terhadap golongan ulama.





Sementara itu, Dzulkefly enggan membuat sebarang spekulasi sehinggalah siasatan selesai dijalankan.





"Kalau ada pihak yang mengandaikan ada yang tercabar dengan kenyataan saya, itu saya tidak mahu buat sebarang spekulasi.





"Saya tidak mahu buat apa-apa tuduhan atau andaian. Saya juga tidak mahu menyokong mana-mana teori yang hendak dikaitkan dengan apa yang telah berlaku. Saya mahukan pihak polis untuk melakukan siasatan yang lebih teliti," katanya lagi.



DYANA SOFYA BEKAS CALON PRK, CARI PUBLISITI 'KURANG CERDIK' ?







Siapa yang tidak mengenali ahli politik muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud?





Namun, mungkin lebih ramai yang mengenali wanita ini dek kerana kecantikan yang dimiliki anak kepada veteran UMNO, Yammy Samat ini.




Selepas kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tahun lalu, Dyana Sofya mencetuskan kontroversi apabila gambar mesranya miripnya bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tersebar di laman sosial.




Namun sehingga kini, Zairil mahu pun Dyana Sofya, terus membisu apatah lagi mengambil tindakan undang-undang, sehingga akhirnya berita sensasi itu lenyap sendiri ditelan masa.




Terbaru, Dyana Sofya sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memuatnaik foto selfie bangun tidur di laman sosial Facebook rasminya.




Bagaimanapun, Dyana Sofya menjelaskan tindakan itu dilakukan bagi mempromosikan satu kempen memperkasa wanita oleh majalah Marie Claire.




Dyana turut menyeru orang ramai untuk turut serta dalam kempen tersebut dengan melakukan tindakan serupa.




Menurut Dyana, Marie Claire juga bakal menyumbang RM10 bagi setiap gambar selfie bangun tidur yang dimuatnaik orang ramai menggunakan hashtag #marieclairemalaysia.




Bagaimanapun, tinjauan IT di ruangan komen mendapati pelbagai reaksi diberikan kepada wanita berumur 28 tahun itu.




Ada yang menegur perbuatan Dyana Sofya sebagai kurang sopan, malah ada juga yang memuji langkah Dyana Sofya kerana mempromosikan kempen kesedaran tentang hak wanita kepada masyarakat Malaysia.




Mungkin sudah tiba masanya untuk Dyana Sofya mencari publisiti yang 'lebih cerdik' supaya Setiausaha Politik Lim Kit Siang ini tidak dilabel 'bimbo politician' oleh musuh politiknya.

NYALAAN LILIN UNTUK ANWAR BERAKHIR MALAM INI!













Tak sampai sebulan, kumpulan yang bersolidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyalakan lilin di luar Penjara Sungai Buloh mengumumkan untuk menamatkan aktiviti itu pada malam ini.





Ketua Umum PKR itu kononnya menyampaikan amanat untuk kumpulan berkenaan 'move on' atau meneruskan kehidupan.





Sebelum ini mereka beria-ia berikrar untuk berhimpun di luar penjara setiap malam sehinggalah Anwar dibebaskan.





Namun nampaknya kini, janji hanya tinggal janji.





Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata Anwar menitipkan pesanan buat penyokongnya untuk merancakkan lagi program solidariti di luar.





"Jadi, kita terima arahan tersebut. Malam ini malam terakhir kita berkumpul menyalakan lilin di hadapan penjara. Selepas itu kita akan buat acara pada setiap malam ke-4.





"Lebih penting, kita tidak lagi berhimpun di penjara Sungai Buloh dan akan memulakan gerakan lebih besar menjejalah di seluruh negara," katanya.





Anwar dalam pada itu melahirkan penghargaannya terhadap kehadiran kumpulan tersebut semenjak beliau dijatuhkan hukuman penjara pada 10 Februari lalu.





"Kehadiran kita dan nyalaan lilin itu tanda solidariti kepadanya. Ia membantu menaikkan semangat juangnya.





"Tetapi pada masa sama, beliau berkata, kesukaran itu lebih besar. Ia sebenarnya melangkaui di hadapan penjara Sungai Buloh. Beliau suruh kami 'move on'," ujar Tian lagi.





Kumpulan itu mengadakan himpunan nyalaan lilin setiap malam di luar penjara Sungai Buloh sebagai membantah keputusan mahkamah sejak 11 Februari terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu.



DR ASRI KESAL USTAZ KAZIM BUAT SIDANG MEDIA ISU PERIWAYAT PALSU







Perselisihan membabitkan dua orang tokoh agama terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Datuk Kazim Elias masih belum selesai.





Terbaru, Dr Asri melahirkan rasa kesal beliau dengan tindakan Kazim yang mengadakan sidang media berhubung isu 'periwayat palsu', yang pada pendapatnya hanya mengeruhkan lagi keadaan.





Dalam satu status di laman sosial Facebook, Mufti Perlis itu berkata, pihak Kazim seharusnya mendapatkan penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan terburu-buru menyiarkan keratan surat yang mencetuskan isu itu di dalam internet, sehingga menjadi viral.





Jelas Dr Asri lagi, keputusan untuk 'tidak bersetuju' memilih Kazim sebagai salah seorang panel forum perdana hal ehwal Islam, bukanlah atas dasar peribadi, sebaliknya ia dilakukan menerusi perbincangan Jabatan Mufti Negeri Perlis.





"Pihak saya sejak hari awal isu timbul telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan melalui wakil JAKIM Ustaz Zakaria pengerusi forum. Saya telah tegaskan tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak.





"Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini supaya tidak mengeruhkan keadaan.





"Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka? Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak," tulisnya.





Kazim dalam satu sidang media khas beberapa hari lalu berkata, tindakan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihan dirinya sebagai panel forum kerana dikatakan 'periwayat palsu' adalah tidak adil dan memalukan dirinya.





"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini.





"Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini," kata Kazim dalam sidang media di Ipoh, semalam.





Beliau yang mengadakan sidang media bagi mempertahankan kredibilitinya dalam pada itu turut menjelaskan isu 'roti jala' yang dikatakan sebagai riwayat palsu berkenaan.





Kazim berkata, beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.





Dr Asri ketika mengulas hal berkenaan pula berkata perumpamaan sedemikian boleh membawa kepada kekeliruan.





"Dalam contoh 'roti jala', alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan 'sunnah Nabi s.a.w. makan roti jala'," tulis Asri lagi.



HIMPUNAN #KITALAWAN SELESAI...TAPI APA HASILNYA?







Sekitar jam 6.30 petang tadi berakhirlah hipunan #KitaLawan di perkarangan Kuala Lumpur City Center (KLCC).





Polis mengerahkan puluhan anggotanya termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) namun mereka tidak campurtangan dan hanya memantau tunjuk perasaan itu disamping mengawal lalu lintas.





Tidak ada sebarang tangkapan oleh polis dilaporkan setakat ini.





Himpunan itu dianggap berjaya oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun banyak yang boleh dipersoalkan.





Kru IT turut meyingsing lengan turun padang hari ini bagi melihat sendiri keadaan sebenar himpunan itu.





Ternyata bilangan peserta yang hadir tidak begitu memberangsangkan berbanding kehadiran penyokong Pakatan Rakyat pada zaman reformasi 1998.





Sekitar 5000 peserta sahaja yang sanggup buat kesekian kalinya turun ke jalanan hanya untuk menuntut keadilan untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabit kesalahan meliwat.





Pemerhatian itu bukan dibuat secara membuta tuli, namun wartawan IT sendiri bertanyakan media lain untuk pengesahan.





Namun, tidak seperti sebuah portal mesra pembangkang yang melaporkan hampir 10,000 peserta hadir pada himpunan itu.





Jika anda masih ingat, himpunan sempena air Selangor suatu ketika dahulu, juga dilaporkan 10,000 orang kehadiran...namun pesertanya jauh lebih ramai daripada hari ini.





Peserta himpunan ini berkumpul di empat lokasi sejak dari jam 2 petang antaranya di Pasar Seni, Masjid Jamek, Ibu Pejabat PAS dan Menara Maybank.





Namun amat menyedihkan apabila tiada kelibat peserta himpunan pun dilihat di Menara Maybank.





Namun di tiga lokasi yang lain mencatatkan kehadiran peserta.





Apa yang dipetikaikan adalah, dalam himpunan ini, hanya bendera PKR sahaja yang berkibar sekaligus menimbulkan persoalan adakah program #KitaLawan ini tidak mendapat sokongan PAS dan DAP.





IT tidak menafikan kelihatan kelibat beberapa pemimpin PAS seperti Shaari Sungib, Dr Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Khalid Samad dan beberpa lain yang lain.





Namun nama-nama ini seringkali dipetik portal-portal berita sebagai golongan 'Anwarinas' yang dikatakan bercanggah pendapat dengan golongan ulama dalam PAS.





IT juga gagal untuk melihat objektif himpunan ini sama ada berjaya atau tidak. Kemana arah tuju himpunan ini? Apa faedah dan adakah berbaloi untuk peserta yang datang dari jauh berhimpun dan berjalan kaki hingga ke KLCC hari ini?





Semua soalan-soalan itu gagal IT rungkai walaupun sehingga peserta himpunan itu bersurai.





Naib Presiden PKR, Tian Chua mengugut akan mengadakan himpuna yang lebih besar pada masa akan datang.





Sama sama kita lihat adakah menjadi perancangan PKR ini, atau rakyat kini sudah penat untuk melayan politik jalanan seperti ini?



DYANA SOFYA BIDAS PUTERI UMNO, PERTAHAN AKSI 'SELFIE' DI BILIK TIDUR
















Pemimpin muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud membidas kenyataan Ketua Penerangan Puteri Umno, Haryaty Hamdzah yang mengecam tindakannya berkongsi aksi 'selfie' di bilik tidur bagi menyokong aktiviti mengutip dana untuk membangkitkan kesedaran terhadap hak wanita.





Sambil mempertahankan aksi 'selfie' itu, Dyana berkata Puteri Umno sewajarnya menjadi sebahagian daripada pihak yang menyokong Kempen Wake Up To A Good Cause (Bangkit untuk Tujuan Baik), dan bukannya menghukum mereka yang ingin membangkitkan kesedaran berhubung hak wanita.





"Jelas sekali, Puteri Umno lebih suka menilai daripada luaran, dan dengan berbuat demikian hanya terus menindas wanita dan bukan membebaskan mereka.





"Jika gambar yang tidak bersalah dan tidak terdedah itu menggambarkan tingkah laku yang tidak sesuai untuk mereka, maka mungkin ia adalah mereka yang bermasalah.





"Adalah memalukan bahawa mereka tidak boleh menyalurkan sumber dan tenaga mereka ke dalam meningkatkan kesedaran dan membantu untuk menyelesaikan isu-isu wanita sebenar dan bukan mencaci golongan yang sebenarnya cuba untuk menyumbang kepada tujuan yang baik," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.





Haryati sebelum ini menyifatkan aksi 'bangun tidur' yang dikongsi Dyana sangat memalukan selain menyifatkan ia tindakan tidak manis dilakukan seorang wanita muda, lebih-lebih lagi beliau adalah calon wakil rakyat.





Dyana beberapa hari lalu memuat naik satu gambar 'selfie' di bilik tidur dengan memakai baju putih dan dipaparkan di majalah Marie Claire.





Ia merupakan sebahagian daripada kempen 'Wake Up To A Good Cause' bagi tujuan pengumpulan dana bagi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).





Kempen itu menyarankan kepada personaliti tempatan untuk merakamkan foto mereka tanpa solekan dan Marie Claire akan mendermakan RM10 untuk setiap foto yang dimuatnaik ke laman sosial Instagram.





Selain Dyana, ia turut disertai pelakon Sharifah Amani dan model Carmen Soo.





Mengulas mengenai perkara itu, jawab Dyana, gambar yang dimuat naik itu bukan satu gambar yang lucah atau tidak senonoh, malah langsung tidak mendedahkan badannya.





"Apakah dia mencadangkan bahawa wanita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar yang baik dan kreatif untuk menggalakkan usaha-usaha yang membantu wanita?





"Kempen tersebut tidak terhad kepada model saja memandangkan sebagai penganjur berusaha untuk menampilkan wanita yang berinspirasi," ujarnya.





Bekas calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu dalam masa yang sama secara sinis menyarankan pemimpin Umno berkenaan meluangkan masa menonton dokumentari berhubung hak wanita bagi mempelajari keperluan melindungi wanita dalam membantu mewujudkan masyarakat yang bebas daripada keganasan terhadap kaum itu.

ANAK ANWAR 'JADI' KETUA PEMBANGKANG ESOK







Gagal membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Parlimen, yang memulakan sesinya bagi penggal ke-3 hari ini, anak sulongnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai akan menggantikan sebagai Ketua Pembangkang, esok.





Nurul Izzah Anwar Ibrahim berkata beliau akan memastikan ucapan bapanya kedengaran di Parlimen walaupun tanpa jasadnya.





“Kita sedang berbincang dan insya-Allah saya akan mengambil tempat, dan akan pastikan walau apa pun ucapannya akan dibaca.





“Bahkan usaha untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir itu akan berterusan, ini adalah hak kami atas suara demokrasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.





Izzah berkata beliau dan pemimpin pembangkang yang lain akan terus berusaha untuk mencari peluang agar Anwar dibenarkan hadir ke sidang tersebut.





Anwar yang masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kini dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.





Beliau kini menunggu keputusan pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).





Sehingga keputusan itu diketahui, Anwar akan memegang jawatan itu, meskipun dirinya dipenjarakan di Penjara Sungai buloh.



ANWAR IBRAHIM DAPAT PENGAMPUNAN DI-RAJA!







Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menerima pengampunan diraja!





Namun, usah panik, 'pengampunan diraja' itu diberikan oleh lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, iaitu Raja Noor Jan Shah Raja Tuah.





Raja Noor Jan memberi 'titah' berkenaan dalam satu rakaman video berdurasi 1 minit 35 saat yang kini mula tersebar di laman sosial.





Susulan daripada 'pengampunan diraja' itu, Raja Noor Jan turut mengumumkan dua lagi perkara iaitu tarikh perkahwinannya bersama Nurul Izzah Anwar pada 31 April ini dan pelantikan Rafizi Ramli sebagai gundik diraja kepada Anwar.





Yang jelas, kedua-dua pengumuman itu mengundang pelbagai komen jenaka daripada pengguna laman sosial yang rata-ratanya sangat terhibur dengan video berkenaan.





Apatah lagi mengetahui bulan April tidak mempunyai tarikh sehingga 31 hari bulan, selain pelantikan Rafizi sebagai gundik Anwar.





Namun, IT tidak dapat memberikan jaminan kesahihan video itu. Tidak diketahui bahawa ia adalah video tulen daripada Raja Noor Jan atau disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.





Pembaca IT boleh menilainya sendiri menerusi link ini https://www.facebook.com/video.php?v=926606464037445&set=vb.100000643000547&type=2&theater