Friday, 17 April 2015

VIDEO SEKS MUSTAFA ALI ADA SIRI KEDUA?







Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kini jadi sasaran serangan ahli PAS kerana sehingga kini gagalmenjalankan siasatan terhadap Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berhubung dakwaan cuba menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.





Seorang ahli PAS yang menamakan dirinya Tuc Tok Usin Ceroi menyerang Mustafa Ali, menggunakan Facebook.





Tuc Tok Usin Ceroi mendakwa tindakan 'lembap' Mustafa adalah disebabkan 'terikat' dengan pihak tertentu yang mempunyai rakaman video seks beliau.





Sebelum ini terdapat sebuah rakaman video yang menampilkan lelaki mirip Mustafa Ali sedang melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan.





Namun Mustafa menafikan dirinya adalah lelaki dalam rakaman itu.





Tuc Tok Usin Ceroi dalam posting terbarunya berkata berkemungkinan video seks yang berada dalam simpanan pihak tertentu itu adalah senjata bagi mempengaruhi dan 'mengikat' tindak tanduk Mustafa.





"Sepatutnya Dato tak perlu takut kerana Dato bukannya berzina sebaliknya wanita tersebut adalah isteri muda Dato,ianya perkara yg halal...Dato tentu lebih tahu siapa dalang dan pelakunya....siapa yg menguruskan tempahan hotel yg selalu Dato check in?





"Siapa yg pasang kamera rakaman tersebut?sudah pastinya orang yg sgt dekat dan tahu gerak geri Dato....Tok rasa Dato lebih mengetahui siapa dalangnya kan? Dan kes itu berlaku ketika hampir dgn PRU 13 dan Dato pun tahu sebabnya kan?," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam laman sosial itu.





Mustafa sebelum ini juga memberitahu tiada siasatan akan dibuat terhadap Mat Sabu, berikutan tiada sebarang aduan dibuat membabitkannya.





Beliau juga sebelum ini pernah meminta agar Tuc Tok Usin Ceroi tampil dan membuat aduan sebelum jawatankuasa siasatan khas memanggil dan menjalankan siasatan ke atas Mat Sabu.





Namun sehingga kini, Usin Ceroi gagal berbuat demikian.





Namun kata Tuc Tok, Mustafa tidak sewajarnya berdiam diri dan hanya 'membiarkan bangkai khinzir di depan mata terus membusuki jemaah tanpa ambil sebarang tindakan membuang atau menimbusnya'.





Tuc Tok juga menyatakan kesediaan untuk disaman sekiranya kenyataannya pada kali ini dianggap fitnah.





"Tok rela dipenjarakan jika tuduhan ini fitnah, kalau nak bayar saman memang tok tak mampu kerana tok tak punyai apa-apa dan tok rela dipenjarakan jika ini adalah fitnah..tok lebih takutkan Allah berbanding segalanya.





"Tok bagi tau ni bukan bertujuan nak aibkan Datuk Pa, nak selamatkan dia, nak keluarkan dia dari cengkaman tersebut, sampai bila dia nak hidup dalam cengkaman tu, sampai bila dia nak biarkan hidup dia diikat,maruah dia tak tercalar, malah kasih sayang manusia akan bertambah dengan apa yg celaka-celaka tu dah perlakukan pada beliau," tulisnya lagi.

No comments:

Post a Comment