Wednesday, 22 April 2015

DAP TIDAK AKAN CABAR PAS PADA PRK CHEMPAKA WALAU TERUS BANTAH HUDUD







Walaupun seringkali menghentam PAS dalam isu hudud, DAP tidak sesekali akan menghantar calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dun Chempaka, Kelantan pada 22 Mac ini.





Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu tidak perlu bertanding untuk menunjukkan protes kepada PAS.





“Bagi kita ia satu provokasi, pendirian kami memang tidak bersetuju dengan hudud, tetapi tidak bermaksud kita perlu pergi bertanding di Dun Chempaka.





“Itu adalah kerusi Pas dan lebih-lebih lagi penyandangnya itu ialah Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat), mana-mana parti PR yang menyandang kerusi itu, kita memang menghormati keputusan parti telah yang memenangi kerusi tersebut sebelum ini,” katanya, hari ini.





Beliau juga mengingatkan mana-mana pihak khususnya calon Bebas tidak membuang masa untuk meletakkan calon di kerusi tersebut sambil menegaskan mereka perlu mengikut contoh dan pendirian Umno-BN yang menarik diri pada PRK kali ini.





“Kita yakin tidak ada pertanding, kita harap tidak ada mana-mana calon bebas yang membuang masa di sana, saya rasa bila Umno menarik diri, pihak lain termasuk calon Bebas tak payah buang masa untuk bertanding di Dun Chempaka.





“Lebih baik kita jimatkan kos pilihan raya itu dan fokus untuk pemulihan banjir di Kelantan,” ujarnya.





Terdahulu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao hari ini mencabar DAP supaya mengambil peluang pada PRK Dun Chempaka kali ini untuk menjelaskan keburukan hukum hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan.





“DAP kena ambil peluang bertanding di Dun Chempaka untuk menjelaskan keburukan hudud kepada rakyat.





“Dun Chempaka wajar dijadikan sebagai medan penjelasan pelaksanaan hudud! Kalau pangkah Pas, sokong hudud, kalau pangkah DAP, tolak hudud,” tulisnya dalam akaun Twitternya, hari ini.

No comments:

Post a Comment