Wednesday, 22 April 2015

PAS TIDAK AKAN KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT







PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.





"Kami tak bincang hari ini. Kami kekal dalam PR," kata Mohamad Sabu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, selepas mesyuarat di Pejabat Agung PAS petang ini.





DAP sebelum ini mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas parti Islam itu berkeras mahu meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan.





DAP mengambil langkah berkenaan yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 23 Mac lalu.





Ia berikutan tindakan Hadi yang dilabel tidak jujur dan tidak bermaruah kerana menghantar notis kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac bagi membolehkan Kelantan membentangkan RUU persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Akta 355), sekaligus membolehkan hukum berkenaan dilaksanakan di negeri itu.





DAP juga menggesa PAS keluar daripada PR sekiranya Hadi tetap bertegas mahu mengemukakan usul di Parlimen untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hukum jenayah Islam itu di Kelantan.



No comments:

Post a Comment