Rundingan tujuh tahun sia-sia begitu sahaja apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan, Isnin lalu.
Perkembangan itu mengejutkan banyak pihak sementelah isu yang dipertikaikan itu memberi kesan langsung kepada rakyat Selangor.
Selangor dan kerajaan Persekutuan saling menuding jari sesama mereka....membayangkan isu ini tidak mudah untuk diselesaikan dan akan mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai kata sepakat.
"Dengan rasa dukacita kerajaan selangor ingin mengumumkan bahawa hari ini perjanjian utama pensturkturan lupus dengan sendirinya.
"Kegagalan adalah akibat kerajaan Persekutuan yang tidak hormati prinsip perjanjian utama," kata Menteri Besar Selangor, Selasa lalu, di Parlimen.
Pengumuman pembatalan perjanjian air yang dibuat secara tiba-tiba oleh azmin ali amat mengejutkan selepas beliau sendiri menyatakan komitmen untuk meneruskan apa yang sudah dipersetujui, september tahun lalu, sebaik sahaja beliau dilantik menjadi menteri besar selangor.
Azmin berkata kerajaan negeri terpaksa dan tiada pilihan untuk membatalkan perjanjian itu kerana kerajaan Persekutuan tidak menghormati semangat asal perjanjian itu.
Malah beliau melemparkan tuduhan bahawa kerajaan persekutuan mahu merampas kedaulatan tanah Selangor apabila mahu mengambilalih 26ribu kilometer tanah, iaitu sepanjang paip Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) ditanam.
Namun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata mengikut persetujuan awal, kerajaan negeri hanya akan memajak tanah itu kepada kerajaan Persekutuan untuk tempoh 45 tahun sahaja dan bukannya terus mengambil alih aset Selangor itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Azmin bertindak demikian kerana masih belum sesuaikan diri dengan jawatan yang dijawatnya kini.
"Menteri besar ini tidak faham sebab baru enam bulan jadi MB. Sudah tentulah...kalau hendak buat pembangunan mesti melibatkan pengambilan tanah dan sebab itu juga kita akta pengambilan tanah. Apa juga projek yang hendak dibuat mesti melibatkan pengambilan tanah dan sebab itu kita minta kerjasama kerajaan negeri," ujar Noh pada sidang medianya, pada Selasa.
Pengerusi AWER, S. Piarapakaran berkata isu yang ditimbulkan Azmin tidak berbangkit kerana enam buah negeri sebelum ini melalui proses yang sama dan semuanya berjalan lancar.
Malah bekas setiausaha politik kepada mantan menteri besar selangor, Faekah Husin berkata, perbincangan mengenai isu air akan melalu jalan sukar apabila Selangor diwakili oleh seorang ketua yang tiada pengalaman korporat.
Bahkan percanggahan butiran perjanjian air itu dijangka tidak akan selesai dalam tempoh terdekat berikutan Azmin Ali dikelilingi oleh individu-individu yang mempunyai agenda tersendiri.
PKR sebelum ini amat membantah keputusan khalid menandatangani perjanjian air itu yang pada mereka bersifat berat sebelah.
PKR diketahui umum amat kesal dengan tindakan Khalid membelakangkan parti dan menandatangani perjanjian itu tanpa pengetahuan parti.
Malah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak dimaklumkan bersabit perkara itu.
Natijahnya PKR melancarkan Langkah Kajang semata-mata mahu menggugurkan Khalid dari kerusi nombor satu di selangor itu.
Rakyat Selangor kini masih bergantung harap agar perbincangan bersabit isu ait itu diteruskan agar mereka tidak dibebankan dengan masalah ketiadaan bekalan air pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment