Wednesday, 22 April 2015

NYALAAN LILIN UNTUK ANWAR BERAKHIR MALAM INI!













Tak sampai sebulan, kumpulan yang bersolidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyalakan lilin di luar Penjara Sungai Buloh mengumumkan untuk menamatkan aktiviti itu pada malam ini.





Ketua Umum PKR itu kononnya menyampaikan amanat untuk kumpulan berkenaan 'move on' atau meneruskan kehidupan.





Sebelum ini mereka beria-ia berikrar untuk berhimpun di luar penjara setiap malam sehinggalah Anwar dibebaskan.





Namun nampaknya kini, janji hanya tinggal janji.





Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata Anwar menitipkan pesanan buat penyokongnya untuk merancakkan lagi program solidariti di luar.





"Jadi, kita terima arahan tersebut. Malam ini malam terakhir kita berkumpul menyalakan lilin di hadapan penjara. Selepas itu kita akan buat acara pada setiap malam ke-4.





"Lebih penting, kita tidak lagi berhimpun di penjara Sungai Buloh dan akan memulakan gerakan lebih besar menjejalah di seluruh negara," katanya.





Anwar dalam pada itu melahirkan penghargaannya terhadap kehadiran kumpulan tersebut semenjak beliau dijatuhkan hukuman penjara pada 10 Februari lalu.





"Kehadiran kita dan nyalaan lilin itu tanda solidariti kepadanya. Ia membantu menaikkan semangat juangnya.





"Tetapi pada masa sama, beliau berkata, kesukaran itu lebih besar. Ia sebenarnya melangkaui di hadapan penjara Sungai Buloh. Beliau suruh kami 'move on'," ujar Tian lagi.





Kumpulan itu mengadakan himpunan nyalaan lilin setiap malam di luar penjara Sungai Buloh sebagai membantah keputusan mahkamah sejak 11 Februari terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu.



No comments:

Post a Comment