Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menganggap tindakan kerajaan negeri PAS Kelantan membentang usul pindaan Enakmen Kesalahan Syariah II 1993 di DUN negeri itu sebagai pengkhianatan PAS.
Lebih buruk lagi, Loke menganggap langkah PAS itu sebagai satu 'tikaman dari belakang' dan provokasi PAS yang bertujuan memecahbelahkan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 1 April 2008.
Adakah benar Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 itu menuju perpecahan?
Walhal PAS sebelum berkali-kali mengulangi tidak akan meninggalkan Pakatan Rakay dan tidak alan seseklai berganung dengan Umno.
Tidakkah pendirian PAS itu sudah cukup jelas bagi DAP dan PKR? Cara dan penjelasan bagaimana lagi yang perlu dilakukan oleh PAS untuk memperjelaskan pendiriannya dalam politik Pakatan Rakyat?
Wajarkah hanya kerana ingin melaksanakan hukum hudud yang diperintahkan oleh Allah maka PAS harus berdiam diri dianggap pengkhianat dan musuh dalam selimut Pakatan Rakyat?
Tidakkah PAS berkali-kali cuba menjelaskan bahawa rasional mahu laksana hukum hudud sudah memang sebati dan menjadi jatidiri PAS sebagai sebuah parti politik Islam?
Ketetapan ini sudah dibuat oleh PAS lama sebelum ia berkenalan, bermesra dan bersenggama politik dengan DAP dan PKR!
Lebih penting lagi ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut melaungkan iltizam yang sama untuk tidak berkerjasamana dengan UMNO BN.
Bukankah itu sudah cukup?
No comments:
Post a Comment