Wednesday, 22 April 2015

KOMPLOT GULING HADI: PAS 'LEMBAP' BUAT SIASATAN?










Pemilihan PAS hanya kurang tiga bulan sahaja daripada sekarang, namun isu komplot menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pernah dibangkitkan sebelum ini, masih belum selesai.





Dek kerana itu, Tuc Tok Usin Ceroi, pengendali laman Facebook yang banyak membuat pendedahan berkenaan komplot berkenaan, bingkas 'menjentik' PAS kerana dilihat lembap menjalankan siasatan berhubung isu itu.





Untuk makluman, laman Facebook berkenaan adalah pihak pertama yang mendedahkan audio mirip Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang sedang memberikan taklimat berkenaan usaha mensabotaj Hadi.





"Polis hanya cepat bertindak bila nak tangkap peserta demo sahaja.. apa kes dengan pembakar kereta Dr Hatta Ramli..takkan tak dapat kesan lagi?





"Bagaimana pula dengan kes pukul Dr Dzulkefly Ahmad, suspek dah ditangkap atau belum???





"Tapi PAS Pusat lagi lembap dalam siasatan kes Hawaii Five O dan kes Mat Sabu. Kes Mat Sabu tu dah jelas dan siap dengan bukti rakaman audio lagi. Tapi apa nak buat Cikgu Pa (Mustafa Ali) telinga pekak, tak boleh nak dengar rakaman audio tu. Nasib baik mata dia tak buta, kalau tak kes spenda pon dia tak nampak dah!!!," tulis pengendali itu dalam status di laman Facebook berkenaan.





Selain Tuc Tok usin Ceroi, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim adalah antara pihak yang membuat tuduhan secara terbuka bahawa terdapat komplot jahat oleh kumpulan pemimpin yang dikenali Hawaii Five O, untuk mencalar imej Hadi dan ulama dalam PAS.





Beliau yang menggerakkan demontrasi aman di hadapan ibu pejabat PAS sebelum ini menamakan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli sebagai dalangnya.





Noorzazilafadli juga mengemukakan akuan bersumpah (SD) dan imej paparan skrin (screenshot) perbualan kumpulan berkenaan daripada aplikasi Whatsapp, sebagai bukti untuk menyokong dakwaannya.





Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang dipetik sebuah portal berkata, kes Mat Sabu tidak disiasat buat masa ini.





Ini kerana sehingga kini tiada aduan rasmi dibuat membabitkan Mat Sabu.





Tambah Mahfodz, jawatankuasa siasatan buat masa ini sedang melakukan penyiasatan terhadap kumpulan pemimpin 'Hawaii Five o' yang dikatakan sebagai dalang menggulingkan Hadi, seperti yang didedahkan dan diadukan Noorzazilafadli.





Jelas Mahfodz lagi, siasatan berhubung isu berkenaan akan mengambil masa, sebelum ia akan dirumuskan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin untuk sebarang tindakan.












No comments:

Post a Comment