Wednesday, 22 April 2015

AKHIRNYA DR ASRI DAN USTAZ KAZIM BERBAIK SELEPAS SEMINGGU BERTEGANG URAT










Perbalahan antara dua tokoh agama terkenal, Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Datuk Ustaz Kazim Elias akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya bertemu dan bersemuka merungkai apa yang terjadi dalam seminggu ini.





Menerusi Facebook DrMAZA.com, Mufti Perlis utk memuatnaik beberapa keping gambar pertemuan mereka yang turut disertai oleh DiPertuan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi.





"'Minum dan tersenyum'. Saya Alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini Datuk Kazim Elias di Kangar, Perlis.





"Turut sama Dato Dr Asyraf Wajdi yang diPertua YADIM. Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara muslim di cafe yang sedap menunya, Cafe Blackwood, Kangar," tulis Dr Asri.





Namun Dr Asri enggan mengulas lanjut apakah butiran perbincangan yang dicapai semasa pertemuan berkenaan diadakan.





Sebelum ini kecoh seketika apabila Dr Asri menggelarkan Ustaz Kazim sebagai periwayat palsu.





Pejabat Mufti Perlis terdahulu menghantar surat kepada pejabat Menteri Besar Perlis sebagai respon jemputan kerajaan negeri itu kepada Ustaz Kazim untuk menjadi panel pada Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-72 dan Ulang Tahun ke- 69 RTM.





Surat itu menyebut pejabat mufti negeri tidak bersetuju dengan jemputan itu kerana ustaz berkenaan sering menggunakan riwayat-riwayat palsu ketika berceramah.





Bagaimanapun Asri menegaskan surat rasmi yang ditandatanganinya tidak seharusnya disebarkan kepada umum kerana ia akan menimbulkan spekulasi mengenai penceramah itu.





Ustaz Kazim yang juga penceramah bebas kemudiannya meluahkan rasa tidak puas hatinya dituduh sedemikian, apatah lagi beliau mempunyai jumlah pengikut yang ramai.





Dr Asri kemudiannya menunjukkan bukti kepada dakwaannya itu selepas digesa pelayar internet agar berbuat demikian.





Bukti itu memaparkan Ustaz Kazim seperti membayangkan 'memakan roti jalan adalah sunnah Rasullullah' dan pernyataan itu tidak pernah diperbetulkan.





Ustaz Kazim pada tahun lepas sudahpun membuat penjelasan berhubung dakwaan itu, namun beliau dilihat tidak berusaha memperbaiki pernyataan itu, yang dibukukan dan dijual ke seluruh negara.



No comments:

Post a Comment