Sementelah tersebarnya rakaman audio konspirasi menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sehingga kini gagal menafikan penglibatannya.
Rakaman audio berdurasi 2 minit 9 saat itu mendedahkan usaha terperinci yang didalangi Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk menimbulkan persepsi negatif di kalangan ahli-ahli parti terhadap Presidennya.
Ia mula disebarkan semalam oleh satu laman Facebook yang dikenali sebagai Tuc Tok Usin Ceroi, yang dikatakan penyokong golongan ulama dalam PAS.
Hari ini, melalui posting terbarunya, Tuc Tac Usin Ceroi mendesak Mat Sabu segera menafikan penglibatannya, malah bersedia dikenakan tindakan undang-undang sekiranya pendedahannya itu dikatakan sebagai fitnah.
"Mat Sabu sangat terkenal dengan sikap kelantangan dan beliau antara pemimpin PAS yang paling cepat memberi respon terhadap sesuatu isu sama ada isu negara mahupun isu dalaman parti seperti mana pantasnya Mat Sabu 'memperibadikan' tu berlaku segala keputusan yang dibuat oleh Hadi.
"Jika perkara itu berlaku, mungkin salah seorang saksi yang Tok boleh panggil adalah Salahudin Ayub, iaitu Naib Presiden PAS. Cuba hampa (anda) tanya Salahudin, dia nak tak jadi saksi jika Mat Sabu saman Tok?
"Apa pun jebon memang sering mengkhianati sesama depa (mereka) sebab bagi depa jawatan itu dah seperti Ghanimah, bukannya amanah yang perli dipikul. Kalau tak percaya hampa boleh tanya Datuk Husam Musa atau Dr Rosli Harakah," demikian memetik kenyataan di Facebook Tuc Tok Usin Ceroi itu.
Bukan itu sahaja, dikatakan selepas ini akan ada banyak lagi perkara mengejut yang bakal didedahkan kepada umum, khususnya usaha dari sebahagian pimpinan PAS yang tidak sebulu dengan pendirian Hadi.
PasMa misalnya menjadi satu entiti yang semakin lantang menyerang dan menidakkan segala dasar PAS, apatah lagi menentang Hadi yang dikatakan tidak lagi sesuai memimpin parti itu.
No comments:
Post a Comment