Wednesday, 22 April 2015

HIMPUNAN #KITALAWAN SELESAI...TAPI APA HASILNYA?







Sekitar jam 6.30 petang tadi berakhirlah hipunan #KitaLawan di perkarangan Kuala Lumpur City Center (KLCC).





Polis mengerahkan puluhan anggotanya termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) namun mereka tidak campurtangan dan hanya memantau tunjuk perasaan itu disamping mengawal lalu lintas.





Tidak ada sebarang tangkapan oleh polis dilaporkan setakat ini.





Himpunan itu dianggap berjaya oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun banyak yang boleh dipersoalkan.





Kru IT turut meyingsing lengan turun padang hari ini bagi melihat sendiri keadaan sebenar himpunan itu.





Ternyata bilangan peserta yang hadir tidak begitu memberangsangkan berbanding kehadiran penyokong Pakatan Rakyat pada zaman reformasi 1998.





Sekitar 5000 peserta sahaja yang sanggup buat kesekian kalinya turun ke jalanan hanya untuk menuntut keadilan untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabit kesalahan meliwat.





Pemerhatian itu bukan dibuat secara membuta tuli, namun wartawan IT sendiri bertanyakan media lain untuk pengesahan.





Namun, tidak seperti sebuah portal mesra pembangkang yang melaporkan hampir 10,000 peserta hadir pada himpunan itu.





Jika anda masih ingat, himpunan sempena air Selangor suatu ketika dahulu, juga dilaporkan 10,000 orang kehadiran...namun pesertanya jauh lebih ramai daripada hari ini.





Peserta himpunan ini berkumpul di empat lokasi sejak dari jam 2 petang antaranya di Pasar Seni, Masjid Jamek, Ibu Pejabat PAS dan Menara Maybank.





Namun amat menyedihkan apabila tiada kelibat peserta himpunan pun dilihat di Menara Maybank.





Namun di tiga lokasi yang lain mencatatkan kehadiran peserta.





Apa yang dipetikaikan adalah, dalam himpunan ini, hanya bendera PKR sahaja yang berkibar sekaligus menimbulkan persoalan adakah program #KitaLawan ini tidak mendapat sokongan PAS dan DAP.





IT tidak menafikan kelihatan kelibat beberapa pemimpin PAS seperti Shaari Sungib, Dr Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Khalid Samad dan beberpa lain yang lain.





Namun nama-nama ini seringkali dipetik portal-portal berita sebagai golongan 'Anwarinas' yang dikatakan bercanggah pendapat dengan golongan ulama dalam PAS.





IT juga gagal untuk melihat objektif himpunan ini sama ada berjaya atau tidak. Kemana arah tuju himpunan ini? Apa faedah dan adakah berbaloi untuk peserta yang datang dari jauh berhimpun dan berjalan kaki hingga ke KLCC hari ini?





Semua soalan-soalan itu gagal IT rungkai walaupun sehingga peserta himpunan itu bersurai.





Naib Presiden PKR, Tian Chua mengugut akan mengadakan himpuna yang lebih besar pada masa akan datang.





Sama sama kita lihat adakah menjadi perancangan PKR ini, atau rakyat kini sudah penat untuk melayan politik jalanan seperti ini?



No comments:

Post a Comment