Wednesday, 22 April 2015

PERJANJIAN AIR SELANGOR - KERAJAAN PERSEKUTUAN BATAL!










KUALA LUMPUR: Perjanjian air di antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan terbatal dan tidak akan disambung semula.





Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, semalam.





Menurut Azmin, ini kerana kerajaan persekutuan 'melanggar syarat perjanjian', justeru membuatkan kerajaan negeri tiada pilihan.





"Apa lagi pilihan yang kita ada?" soalnya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen.





Dengan pembatalan berkenaan, ianya dilihat bakal menjejaskan hasrat kerajaan pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2.





Azmin bagaimanapun dikatakan akan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan dalam sidang media di Parlimen, hari ini.





Ujar Azmin lagi, kerajaan persekutuan telahpun diberi dua kali tempoh lanjutan untuk menghormati perjanjian berkenaan.





"Dua (kali) lanjutan diberikan sebelum ini kepada kerajaan persekutuan untuk menghormati perjanjian itu. Satu pada 9 Januari dan kemudian satu lagi lanjutan pada 9 Februari tahun ini.





"Kerajaan persekutuan mahu melanjutkan lagi hari ini (semalam) pada 9 Mac, tetapi saya telah berkata tidak,"katanya dipetik The Malay Mail Online.





Keputusan tersebut diambil sama seperti pendirian kerajaan negeri berhubung isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).





Azmin sebelum ini mengumumkan pembatalan projek pembangunan Kidex berikutan kegagalan pemaju untuk memenuhi tiga syarat yang ditetapkan pada tarikh akhir 14 Februari.





"Bila kita batalkan Kidex, baru menteri (Kerja Raya) mahu berbincang berhubung pelan induk pengangkutan awam Selangor," katanya.





Ahad yang lalu Azmin berkata kerajaan negeri masih belum mempunyai tarikh yang sesuai bagi membincangkan lebih lanjut dengan kerajaan persekutuan berhubung pembatalan projek lebuh raya berkenaan.



No comments:

Post a Comment