Beberapa pemimpin utama PAS terus menyatakan pendirian akan bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun DAP sudah memutuskan hubungan dengan ketua mereka.
Bagi Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menzahirkan rasa kesalnya terhadap perkembangan terkini DAP yang membuat keputusan tergesa-gesa.
"Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah presiden kepada semua ahli PAS. Pemuda PAS adalah sayap utama menjaga kepentingan pemimpin dan ahli PAS. Saya sebagai Ketua Pemuda PAS sangat kecewa dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
"Kami pemuda PAS mahu PAs kuat bersama Pakatan Rakyat. Bagaimana PAS boleh kuat bersama PR tanpa presiden kami? Malah memutuskan hubungan dengan presiden PAS adalah umpama memutuskan hubungan dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan medianya.
Selain Suhaizan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad turut senada dengan Suhaizan yang menegaskan akan terus bersama Hadi.
"Saya kekal teguh bersama Presiden PAS.
"PAS Selangor komited dengan Pakatan. Bukan budaya PAS untuk putuskan hubungan. Ahli PAS dalam kerajaan perlu teruskan tugas seperti biasa," katanya melalui status terkini di akaun Facebooknya.
DAP sebelum ini menegaskan tidak lagi boleh berkerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Guan Eng.
Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah menyebabkan DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.
Susulan itu, kata Guan Eng, DAP dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan presiden PAS itu.
No comments:
Post a Comment