Wednesday, 22 April 2015

GUAN ENG TERUS TUDUH PAS PENGKHIANAT







Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akhirnya bersuara mengenai hudud!




Seperti biasa Guan Eng terus membidas tindakan PAS selain melabel parti Islam itu sebagai pengkhianat.




Menulis dalam blog rasminya, Limguaneng.com, Guan Eng berkata beliau kini berasa ragu untuk mempercayai PAS serta beberapa pemimpin parti Islam itu.




Tanpa menamakan individu tertentu, katanya, DAP berasa amat marah dan dikhianati oleh 'pemimpin berkenaan'.





"Isunya bukan semata-mata mengenai undang-undang hudud, tetapi ia adalah mengenai kepercayaan serta kejujuran beberapa pemimpin PAS. Adakah DAP boleh bekerjasama lagi dengan mereka sedangkan mereka kini sudah tiada beza dengan pemimpin UMNO.




"Adakah PAS Kelantan tahu bahawa tindakan mereka hanya membantu UMNO untuk menghancurkan pakatan pembangkang. Dengan merosakkan hubungan ini, PAS perlu bertanggungjawab terhadap kemusnahan prospek pilihan raya akan datang," katanya.




Guan Eng turut memperlekeh kenyataan PAS berhubung penerimaan hukum hudud dalam kalangan masyarakat bukan Islam di Kelantan.




Katanya, ia dibuktikan menerusi kaji selidik oleh Merdeka Centre yang mendapati 81 peratus daripada penduduk Islam di Kelantan mahu kerajaan negeri memberi tumpuan membantu mangsa banjir.




"PAS hanya berangan-angan bahawa majoriti bukan Melayu di Kelantan menyokong hukum hudud. Sedangkan orang Islam sendiri tidak bersedia melaksanakan hudud, bagaimana pula PAS boleh mendakwa demikian," katanya.




Guan Eng berkata, keputusan mengenai hubungan DAP bersama PAS akan dimuktamadkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Isnin hadapan.

No comments:

Post a Comment