Wednesday, 22 April 2015

AZMIN DITEGUR SULTAN SELANGOR, JANGAN POLITIKKAN ISU AIR










Jangan politikkan hak rakyat, demikian titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penstrukturan semula industri air di Selangor, hari ini.





Baginda bertitah demikian dipercayai sebagai peringatan kepada kerajaan negeri supaya tidak bermain tarik tali dalam soal perjanjian penstrukturan berkenaan bersama kerajaan pusat.





"Beta mahu Memanda Menteri Besar meneruskan sikap tegas dalam mempertahankan kedaulatan negeri dan kepentingan rakyat. Beta berharap penstrukturan semula air di Selangor dapat dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma perjanjian yang ditandatangani pada 12 September lalu.





"Beta yakin pendekatan untuk bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan hal ini secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang efisien dan mesra rakyat kepada warga Selangor.





"Oleh itu beta menyeru agar perkara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna demi memnuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat," demikian memetik ucapan perasmiannya, pagi tadi.





Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada awal bulan ini bertindak membatalkan perjanjian itu selepas mendakwa Putrajaya mahu mengambil alih tanah dan aset Selangor yang di luar Perjanjian Utama penstrukturan semula industri air yang dimeterai pada September lalu.





Bagaimanapun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata isu tanah itu terkandung dalam perjanjian berkenaan dan menjelaskan pihaknya hanya meminta tanah itu dipajak atau di rizabkan kepada kerajaan Persekutuan selama 45 tahun sebelum di pulangkan semula kepada kerajaan negeri.





Minggu lalu, kerajaan negeri bersetuju menimbang untuk memajak tanah tersebut bagi membolehkan perjanjian air itu diteruskan.





Untuk rekod, Perjanjian Utama (MoA) air itu ditandatangani oleh Kementerian Tenaga, Teknolgi Hijau dan Air (KeTTHA) dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 12 September lalu.





Ia bagi membolehkan kerajaan negeri memperolehi bantuan Putrajaya bagi mengambil air aset empat syarikat konsesi dan menguruskan sendiri industri air di Selangor.



No comments:

Post a Comment