Wednesday, 22 April 2015

DYANA SOFYA BEKAS CALON PRK, CARI PUBLISITI 'KURANG CERDIK' ?







Siapa yang tidak mengenali ahli politik muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud?





Namun, mungkin lebih ramai yang mengenali wanita ini dek kerana kecantikan yang dimiliki anak kepada veteran UMNO, Yammy Samat ini.




Selepas kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tahun lalu, Dyana Sofya mencetuskan kontroversi apabila gambar mesranya miripnya bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tersebar di laman sosial.




Namun sehingga kini, Zairil mahu pun Dyana Sofya, terus membisu apatah lagi mengambil tindakan undang-undang, sehingga akhirnya berita sensasi itu lenyap sendiri ditelan masa.




Terbaru, Dyana Sofya sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memuatnaik foto selfie bangun tidur di laman sosial Facebook rasminya.




Bagaimanapun, Dyana Sofya menjelaskan tindakan itu dilakukan bagi mempromosikan satu kempen memperkasa wanita oleh majalah Marie Claire.




Dyana turut menyeru orang ramai untuk turut serta dalam kempen tersebut dengan melakukan tindakan serupa.




Menurut Dyana, Marie Claire juga bakal menyumbang RM10 bagi setiap gambar selfie bangun tidur yang dimuatnaik orang ramai menggunakan hashtag #marieclairemalaysia.




Bagaimanapun, tinjauan IT di ruangan komen mendapati pelbagai reaksi diberikan kepada wanita berumur 28 tahun itu.




Ada yang menegur perbuatan Dyana Sofya sebagai kurang sopan, malah ada juga yang memuji langkah Dyana Sofya kerana mempromosikan kempen kesedaran tentang hak wanita kepada masyarakat Malaysia.




Mungkin sudah tiba masanya untuk Dyana Sofya mencari publisiti yang 'lebih cerdik' supaya Setiausaha Politik Lim Kit Siang ini tidak dilabel 'bimbo politician' oleh musuh politiknya.

No comments:

Post a Comment