Wednesday, 22 April 2015

GUAN ENG DAKWA MAHKAMAH MAJISTRET PULAU PINANG TIDAK ADIL







Kerajaan negeri DAP seolah-olah mempertikaikan keputusan mahkamah apabila mendakwa badan perundangan itu tidak adil kerana hanya menjatuhkan 'hukuman ringan' ke atas 16 individu yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN), Mei tahun lalu.




Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata keputusan badan kehakiman itu seolah-olah membuktikan sistem demokrasi negara mudah dicabuli serta dihina.




"Saya mahu Peguam Negara dan pihak Pendakwaraya memberi penjelasan kukuh mengapa mereka hanya diberikan denda RM1,500 sahaja.




"Ini sesuatu yang mengejutkan. Tidak mustahil selepas ini lebih ramai lagi yang berani menceroboh DUN jika tidak berpuas hati," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini.




Menggelarkan 16 individu itu sebagai 'samseng UMNO', Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan membincangkan tindakan susulan berhubung perkara berkenaan dalam Mesyuarat EXCO pada minggu hadapan.




Katanya, kerajaan negeri akan memastikan semua 16 individu berkenaan diberi pengajaran setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.




Pada 11 Mac lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman denda antara RM1,000 hingga RM1,500 ke atas 16 lelaki yang merempuh masuk ke dalam DUN pada 21 Mei tahun lalu.





Majistret Catherine Nicholas membuat keputusan itu selepas semua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menceroboh ke dalam harta Setiausaha DUN, M Maheswari, dengan niat mengancam dan menakutkan beliau.




16 tertuduh itu ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad @ Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohd Yusmadi Mohd Yusof, 34, Mohamad Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51, dan Mohamed Ibrahim A. Siahoo, 31 dan Wan Norazman Ariffin, 41.

No comments:

Post a Comment