Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya gagal mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Susulan perkembangan terbaharu ini, pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, yang menjadi kubu kuat Anwar selama ini terpaksa diadakan selepas hilang kelayakan.
Keluarga Anwar menfailkan petisyen itu bulan lalu setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana disabit kesalahan meliwat bekas pembantunya.
Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak permohonan itu.
Bukan itu sahaja Anwar terpaksa melepaskan jawatan Ketua Pembangkang yang dipegangnya sejak 2004 lalu.
Keputusan Lembaga Pengampunan itu boleh dianggap sebagai tampatan terbaru kepada Pakatan Rakyat (PR) memandangkan kini ketiga-tiga parti di dalam gabungan itu sedang berdepan dengan krisis yang paling teruk.
DAP dan PKR mengambil sikap dingin terhadap PAS selepas parti Islam itu bertegas melaksanakan hudud di Kelantan, dan pada masa ini sedang menunggu kelulusan Parlimen.
Ia mungkin akan menyukarkan proses mencari pengganti kepada Anwar untuk memimpin PR.
No comments:
Post a Comment