Semalam media diberitahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri sambutan ulang tahun ke 25 Tahun Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) di Universiti Selangor (Unisel).
Maka berduyunlah media ke Unisel dengan harapan untuk mengajukan soalan-soalan berkisar perbalahan golongan ulama dan golongan profesional dalam PAS.
Ternyata, media kecewa lagi apabila Hadi mengelak daripada berjumpa pemberita dan bergegas pulang sebaik sahaja menyampaikan ucaptama pada program itu.
Terdahulu, pada sebelah pagi di Marang, Hadi memberitahu media beliau tidak begitu sihat untuk menjawab soalan media selepas menghadiri sebuah majlis anjuran PAS.
Dalam ucapannya, Hadi menekankan sifat-sifat yang perlu di miliki oleh umat Islam dalam berdepan dengan musuh mereka.
"Tak boleh menyerang musuh yang mahu berdamai. Pendamaian perlu diutamakan," kata beliau.
"Sekiranya musuh yang berperang itu mahu berdamai terima pendamaian itu dan bertawakal kepada Allah. Islam mendahulukan pendamaian, berakhir dengan Allah menyempurnakan Islam itu," tambah Hadi.
Hadi berkata Islam turut melarang umatnya untuk bertindak zalim terhadap penganut agam lain.
PAS kini berbalah sesama mereka tanpa sembunyti-sembunyi lagi. Jika dahulu ada sahaja pihak yang menafikan itu dan ini.
Namun..kini tidak lagi. Mungkin masing-masing sudat penat untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku walhal mereka bimbang, golongan ulama dan Hadi sendiri kini diancam golongan profesional.
Sudah berkali-kali pendedahan membabitkan pemimpin kanan dalam PAS dibuat. Dan sehingga kini nama nama pemimpin yang terlibat masih belum disiasat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan bahawa nama-nama yang disebut-sebut terlibat dalam gerakan menjatuhkan Hadi dan ulama akan dipanggil.
Sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment