Wednesday, 22 April 2015

KERANA HUDUD, DAP SARAWAK UMUM KELUAR PAKATAN RAKYAT













Tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan benar-benar membuatkan rakan sekutunya, DAP, kecewa.





Di kala ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungan dan hala tuju kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR), hari ini, arena politik tanah air dikejutkan dengan tindakan DAP Sarawak yang mengumumkan untuk kelar daripada gagasan pembangkang itu.





Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.





"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.





"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak.





Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.





DAP sebelum ini membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan isu hukum jenayah syariah berkenaan. Namun, parti itu menegaskan akan tetap bersama PAS dan PKR dalam PR.





Satu keputusan yang aneh oleh DAP, namun pemerhati politik melihat ianya sebagai satu strategi agar ahli PAS menolak Hadi dalam pemilihan parti akan datang.









No comments:

Post a Comment