Wednesday, 22 April 2015

PENYAMPAI STESEN RADIO WANITA TERUK KENA BANTAI SEBAB PERSOAL HUDUD










Isu hudud menjadi perkara paling hangat sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, di dada-dada akhbar, di televisyen, semua membicarakan isu ini sementelah ia menjadi pertikaian antara PAS dan DAP.





DAP sebagaimana yang kita sedia maklum, menentang hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS kerana menyifatkannya tiada dalam agenda bersama Pakatan Rakyat (PR), selain mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.





Tak apalah, DAP majoritinya bukan Islam jadi mungkin kefahaman terhadap hudud itu 'agak kurang'.




Tapi, bila ada ada orang beragama Islam sendiri yang seolah-olah memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud, ini bukanlah sesuatu yang boleh diterima.





Beberapa hari lalu, seorang penyampai stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin menjadi sasaran kecaman masyarakat Islam negara ini apabila tampil dalam sebuah klip video melakonkan aksi (parodi) dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud.





Dalam klip video 'Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan' yang berdurasi 1 minit 55 saat yang dimuat naik dalam laman You Tube, penyampai wanita berkenaan melakonkan pelbagai aksi dengan dialog yang sinis berhubung pelaksanaan hudud, sehingga bertindak membuat perbandingan nasi lemak dengan hukum berkenaan.





Disebabkan itu, Aisyah menerima kecaman serta ugutan bunuh dan rogol daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang disifatkan mempersendakan hudud.





Bagaimanapun, stesen radio berkenaan dan Aisyah kemudian tampil dengan kenyataan memohon maaf kerana tidak berniat mengguris hati mana-mana pihak mahupun mempersendakan agama Islam.





Aisyah dalam kenyataannya menjelaskan bahawa video berkenaan langsung tidak bermaksud untuk menghina agama Islam, sebaliknya ia adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dalam mendepani isu-isu di negeri berkenaan.





Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status yang dimuat naik di Twitter menyatakan bahawa penulis skrip bagi video sensasi tersebut akan dipanggil untuk membantu siasatan.





"Polis Diraja Malaysia akan menyiasat kedua-dua pihak iaitu penyiar BFM dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil," petik kata beliau.





Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebagai seorang Islam, tidak layak bagi kita mempertikaikan hukum Allah, apatah lagi jika ilmu di dada pun belum cukup.



No comments:

Post a Comment